Saturday, February 2, 2008

Note 33 - Angin...


Kali ni I would like to share the story of angin...Okay, apa angin tu sebenarnya...

Angin bertiup dari tempat sejuk ke panas. Siang hari, daratan dan laut dipanaskan oleh matahari, daratan cepat panas dari laut dan menghasilkan angin laut. Malam hari pulak, daratan lebih cepat sejuk dari laut dan menghasilkan angin darat...Tapi itu angin biasa...

What I really want to say ialah tahap angin dalam badan seseorang..Angin dalam badan ni boleh meningkat bila ada orang lain yang saja-saja je nak cari pasal...haaa..itu memang naik angin la jadinya!! So, baru-baru ni ada le seorang manusia ni which I really don't know who...datang rumah to promote a kind of MLM business...bukan malam, tapi Multi Level Marketing...As long as I remembered, I've never had interest in doing this MLM...malas, tak kuasa nak layan, takde masa, tak cukup tangan dan macam-macam alasan lagilah! Minah yang datang ni naik kereta mewah (ingat boleh kelabukan mata aku ke...)..Before this, had some experiences with promoter macam ni..dan belum pernah lagilah menyakitkan hati .. yang ni...mak aih! Memang sakit hati ahkak dibuatnya..Antara sebab-sebabnya:

1. Datang malam dan bla..bla...even kita tunjuk muka tak minat....dah le esoknya kitorang keje...pukul 11pm tak berganjak keluar lagi..gile ke hape..nak halau kang, takut kecik hati pulak!

2. Tengah2 dia bercerita, tiba-tiba anak aku kacau..biasalah, budak2 .. laaaaagi mau offer chocolate...konon very disturbing la my boy..aku apa lagi? cukup pantang kalau orang anggap anak aku pengacau...rasa macam nak tampar aje mulut dia!!

3. Bila kita reject, tiba2 dia boleh buat cerita berlagak dia...konon pegi melancong kompeni hantar 1 tahun 3-4 kali pegi oversea...so what..suka hati aku la nak join kau ke tak...we're talking about my money here okey, not your money!! Duit aku sukati aku...Duit kau sukati kau ler..aku tak mengemis duit kau...yang penting apa yang aku ada sekarang dah cukup bagus..kurang-kurang kalau ada orang nak mintak keje ke loan ke...kena mintak pengesahan orang2 macam aku ni ler...pegawai kerajaan kumpulan A....kau tu kalau anak kau nak masuk universiti nanti pun kena cari orang2 macam aku jugak! so, stop the bullshit..jangan nak BERLAGAK dengan aku!!

Dua kali orang ni datang rumah, memang hangeeennnnnnn 1 badan! angin yang ni aku tak tau le angin darat ke angin laut...Keanginan tu membuatkan aku call the company..lodge a complaint...

Lepas ni mungkin kalau ada lagi orang yang ajak join MLM ni..aku akan bagi warning dulu...kalau anda membuat saya sakit hati..dengan segala hormatnya anda dipersilakan GET OUT OFF MY FACE....silap-silap aku pegi company awak tu, complaint...senang cerita kan...So, kepada yang tengah berfikir nak ajak aku join MLM...heheheh..rentikan ler...


Okay, adios chaos...

No comments: