Sunday, February 24, 2008

Note 34 - Kontroversi Kuih 70 Ketul....



Mmmm.....nak dengar cerita tak...kebetulan time lunch ni bolehlah akak bukak cerita kontroversi kuih 70 ketul nih...mesti readers ingat ape ke hal le tak de citer lain ke nak tulih..citer kuih pulak...takpela...korang mesti baca supaya dapat dijadikan pengajaran satu hari nanti..jangan tak tau pulak..walaupun kuih2 ni cantik2, sedap2 belaka ... bila masuk perut, boleh kenyang...korang kena ingat kontroversi boleh tercipta jugak hanya kerana isu kuih nih....yelah, selagi manusia bernama manusia dan kuih bernama kuih...sebenarnya cik yam, kuih ni tak bersalah pun..cuma .....


ceritanya bermula begini...1 hari ofis ni buatlah mesyuarat dari pagi sampai ke petang...mestilah ada makan-makan kan...breakfast ada, lunch ada..termasuklah hidangan 70 biji kuih karipap dengan bingka ubi untuk minum petang...so, jawatankuasa mesyuarat adalah dalam 25 orang....ntah macam mana tetiba mesyuarat tu habis before lunch so petang tu kira kuih tu dihantar tanpa ada mesyuarat laaa...memangla org2 yg sediakan kuih ni dah plan nak agih2 kuih tu kepada semua staf...tak bulehla lokek walaupun yg urus semua tu admin...tak kisahla sikit sama merasa, banyak sama kenyang!! nak dijadikan cerita, boss ada 3 guests, org2 besar lah...so, akak suruh la bebudak ni hidang kuih yang berlambak tu kat boss and his guests...staf akak pun pegi meeting room and amat terperanjat katak nye lah dia...tengok kuih 70 ketul tu hilang licin abih begitu sahaja!! mana pegi...dia balik ke admin and cite kat kitorg...punyelah akak hangin! ni mana punye ****** la sudah ambik ini kuih..takkan main angkat aje tak tanya apa kot!! sesuka aaaaatiiiii aje....akak dengan disupport oleh 2nd big boss pun buat research cari ke mana hilangnya 70 ketul kuih tu...perlu diingat...ahli mesyuarat yang berhak atas kuih tu tak makan satu sen pun ye!! cari punya cari...terjumpa di satu tempat, ada sikit la dalam 15 ketul kot! so, 2nd boss suruh ambik balik balance yg lebih tu...org yg ambik kuih ni ala-ala bengang ler!! so, habisla misteri kuih yg hilang tu...


tetiba, petang tu tgh2 akak lepak buat kerja dalam bilik, terdengar le suara2 sumbang mengata...kononnya admin 'kutip' baki2 kuih tu...ulang suara...KUTIP yerr....helllloooooooooooooooooooooo.....ingat buruk lantak benar ke org admin...kalau takat makan free, tiap hari akak makan tau..dah tiap hari meeting..nama pun ketua bahagian...akak dengar je la komen2 tu...pastu dekat2 akak nak balik, dgn bangga nye akak keluar and berdiri depan pintu...mulut2 yang mengata baikkkk tadi tu terus senyap, tunduk and serba salah..yelah kutuk2 punye kutuk boss admin dengar laaaa.....akak terus bagi sepatah dua kata, kitorg ambik bukan nak makan, kitorg pun tak lapar kuih tu le...tapi kitorg ingat ada baki lagi dalam meeting room..nak hidang kat boss dgn tetamu dia...masa tu suara dah tinggi...nasib la korang semua....lepas tu terus aku masuk bilik!!

mereka2 yang kena tu adalah dalam 5-6 orang semuanya terus terdiam..sampai hari ni tak nak tegur aku! ehhh...hellooo...sape silap? sape salah? cuba korang pikir, kalau pemilik2 yang berhak atas kuih tu (ahli mesyuarat) tu tak halalkan kuih yg diorang makan, ada selamat kaaa???? so, jawapan nye tepuk dada tanya selera...bagi aku kalau setakat kuih free dari opis tu sampai nak kutuk2 sampai camtu sekali, ishhh..tak tau laaa...and for me, tak nak tegur? i don't care, bukan staf aku and aku dibayar utk kerja di sini!!! Gaji tetap aku punye....

No comments: