Tuesday, October 14, 2008

Note 42 - Kenapa Susah Sangat...

Aku mempunyai cita-cita...salahkah jika aku bercita-cita...sebenarnya, salah satu wishlist aku untuk 2008 ialah untuk membeli sebuah rumah untuk diriku...atas namaku...sebagai penghargaan untuk diri sendiri for all the efforts I've put through all this year...tetapi, rumah yang kuidamkan bukanlah seperti rumah-rumah yang biasa dibeli dan diduduki oleh ibu bapa atau kawan-kawan yang ada...aku mengidamkan sebiji kondo...yeahhh...kondo...makanya berusahalah aku untuk mencari sebuah kondo..kenapa ye aku menginginkan kondo?

  • kondo mempunyai pak guard...hehehehe...aku mementingkan keselamatan keluargaku...aku tidak mahu sesiapa bebas mengetuk pintu rumahku di saat tiada siapa di rumah, cuma ada anak kecilku dan pembantu sahaja...
  • kondo ada swimming pool dan tempat riadah...bebas untuk aku membawa anak kecilku turun berenang dan bermain di dalam kawasan rumah...
  • kondo biasanya terletak dalam kawasan yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk...aku sukakan kawasan yang damai...tetapi aku juga sukakan kesibukan kota seperti Kuala Lumpur...makanya lokasi yang sesuai ialah di kawasan pinggir Kuala Lumpur...
  • kondo selalunya merupakan sebuah kawasan yang kurang padat...maksudku ialah ia tidak terlalu compact seperti yang biasa dilihat di kawasan perumahan teres di mana kereta-kereta diletak di luar rumah, di hadapan rumah orang lain dan sebagainya...
  • aku tak perlu potong rumput dan jaga kebersihan kawasan luar rumah di kondo itu nanti...

atas sebab-sebab yang dituliskan itulah, hatiku amat senang untuk memilih sebuah kondominium sebagai tempat tinggalku...tetapi, sebaik aku menyuarakan hasratku..semua orang telah memberi pelbagai pendapat...antara yang aku dengar ialah:

  • beli kondo ni membazir - kenapa membazir? itu rumah juga, aku boleh sewakan atau jual dengan harga yang tinggi satu hari nanti jika aku mahu...
  • beli mahal2 tapi takda tanah - kenapa tanah? bukankah telah disiapkan sedikit tanah untuk kita di satu masa nanti?
  • kondo ni takda tempat parking kereta - siapa kata? kebanyakan rumah2 teres hari ini pun tiada parking kereta...sebab tu di kawasan rumah mak aku, kereta parking di tepi2 jalan hingga membahayakan pengguna jalan kerana kawasan agak sesak dan sempit...

jadi, aku merasa sangat sakit hati dengan pendapat2 begini...kenapa susah sangat orang mahu faham kehendakku? wang yang akan dikeluarkan adalah wangku? jadi kenapa susah sangat? kenapa? kenapa? aku sudah bertekad...

2 comments:

Hani said...

ala aini.. kalau kita nak.. duit kita.. tak yah pikir cakap org.. u nak beli kondo kan? ekkekek ciri2 dia tu sama aje cam umah kitaorg.. nak beli dari i ke?? ehehehe by the way.. ada lg umah yg nak dijual kat tempat i tu.... hehehe

Caps said...

yela..
kalau kite nak nasihat baru la fikir ckp org...
tp kalau kite dah ada pilihan dan keputusan sendiri...let the show begin!