Thursday, October 16, 2008

Note 43 - Ketibaan...

Semalam, 16 Oktober 2008...

Pembantu yang ku tunggu telah tiba. Berdebar juga memikirkan bagaimana orangnya. Harapanku supaya dia boleh menjaga anak kecilku dengan baik. Membantu urusan-urusan rumahtangga yang tidak berkesempatan untuk dibuat. Tetapi, memasak tetap tugas utamaku. Mungkin si pembantu akan kuberi tugas-tugas penyediaan sebelum memasak sahaja.

Hari ini, 17 Oktober 2008...

Hari ini aku merasa lega. Kebanyakan tugas-tugas rumahtangga telah diselesaikan oleh dia. Aku cuma memikirkan untuk memasak sahaja. Walaupun, anak kecilku dijaga kakak, panggilan Iman kepada dia, sekurang-kurangnya biarlah anakku masih menikmati air tangan mamanya sebagai pengisi perutnya.

Esok, 18 Oktober 2008...

Aku tak pasti lagi apa akan terjadi. Semoga pembantu ini akan membantuku dengan baik sepertimana yang aku harapkan.

No comments: